Pecutan terakhir Ramadhan .. perlumbaan dan pencarian itu bermula
Telah masuk hari ke 20 daripada hari² Ramadhan hari ini. Umat Islam telah mula memasuki gelanggang akhir Ramadhan. Gelanggang akhir ini bakal menentukan sama ada berjaya atau tidak individu atau calon² yang dipilih menyertai madrasah Ramadhan untuk meraih anugerah taqwa dan seterusnya kembali kepada fitrah, seolah seorang bayi yang baru dilahirkan tanpa secalit dosapun pada 1 Syawal. Namun keghairahan sesetengah dari kita untuk meraih keseronokan syawal yang belum tentu ditemui telah berjaya mengalahkan tawaran Tuhan kepada para hambaNya. Syawal masih dilihat sebagai matlamat akhir puasa ramadhan, bukan taqwa. Walhal al quran jelas menyatakan bahawa matlamat akhir berpuasa ialah buat meraih taqwa, bukan hari raya. "Wahai orang² yang beriman! Difardhukan atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang² sebelum kamu, agar kamu bertaqwa " Al Baqarah : 183 Malam² akhir Ramadhan di negara Arab akan membuatkan hati menjadi sayu dan lunak pabila jamaah be