Catatan

Tunjukkan catatan dari November 28, 2011

PDC Port Dickson

25 Nov 2011 sekali lagi penulis dijemput untuk menabur budi. Kali ini bersama dengan PPD. Peserta ialah pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan serta pelajar bermasalah. Penulis bergerak dengan kenderaan jabatan bersama PH, ayahanda, dan beberapa orang fasilitator dari jabatan penganjur. Pergerakan kami agak lewat kerana urusetia perlu memastikan kehadiran pelajar. Kami sempat minum pagi terlebih dahulu sebelum bertolak. Menunggu dan mengambil penumpang kenderaan mengambil masa yang agak lama. Perjalanan sebenar ke lokasi hanya bermula sekitar jam 11.00 pagi. Kami kemudiannya singgah di sebuah pekan untuk menikmati makanan berupa roti canai dan kambing. Kami melalui jalan lama dan singgah disebuah perkampungan di Melaka, Kampung Durian Tunggal untuk solat Jumaat. Khutbah yang disampaikan oleh khatib bertajuk rasuah dan amat berkesan serta terkesan sekali isi kandungannya. Pergerakan kemudian diteruskan ke lokasi yang ditentukan. Kami hanya tiba sekitar jam 3 petang dan hu