Maulid di jalanan
Jumaat 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiul Awwal 1432 kami telah bersama-sama berada di tapak pelepasan perarakan bersempena sambutan maulidurasul peringkat organisasi. Namun di pihak pejabat penulis, hanya tidak sampai sepuluh orang yang memberikan komitmen. Berpakaian lengkap baju kebangsaan, kami kemudiannya berarak mengelilingi organisasi. Perarakan yang disertai dengan bunyi-bunyian kompang, solawat dan juga perbualan. Ini merupakan satu ekpresi kecintaan terhadap junjungan. Ini merupakan keaktifan diri dan organisasi terhadap seruan seorang manusia bernama Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu. Kumpulan pelajar yang menyertai perarakan lebih tersusun, ramai, meriah dan menarik. Tatkala hampir ke garisan penamat, mereka bertakbir menandakan kesyukuran diatas kesempurnaan 'tawaf' tadi. Ini adalah petanda kami menyintai mu ya Rasulullah... Namun sunnah-sunnahmu masih lagi kami segan untuk ikuti. Perintahmu masih lagi kami segan dan malu untuk amalkan manakala segala tegahanmu m