Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 25, 2022

Riwayat motorsikal ku

Imej
 23 Zulhijjah 1443 Sudah agak lama tidak menulis di sini akibat kekangan masa. Kesibukan menjalani kehidupan dunia sementara telah menyekat kebebasan untuk menulis berkaitan pengalaman diri buat dikongsi oleh semua.  Penulis pertama kali menunggang motosikal sendiri ketika di tingkatan dua rasanya. Itupun mencuri-curi guna motosikal almarhum ayahanda di suatu tengahari tatkala beliau tertidur kepenatan bekerja. Penulis mencuba menghidupkan enjin motor dan cuba menggerakkannya. Itupun tidaklah terlalu jauh bergerakannya. Penulis akhirnya menerima hadiah dari datuk ketika selesai mendapat keputusan SPM. Tatkala rakan² penulis majoritinya mendapat tawaran ke IPTA, penulis masih termanggu² menunggu keputusan yang pastinya tidak akan kunjung tiba. Masa itu, hanya mengharapkan kedatangan abang posman berkunjung ke halaman rumah bersama motosikal berwarna merah. Tiada sistem untuk mendapatkan keputusan awal melalui e mail atau apa² sahaja, meskipun sms, walau ianya telah wujud tatkala itu. Ma