Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 20, 2012

Fikir-fikirkanlah....

Imej
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin "Membela Islam" 1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kep

walimatul urus

Imej
Hujung minggu lepas penulis berkesempatan untuk menghadiri tiga majlis walimah berbeza hari dan lokasi. Lokasi pertama berhampiran sahaja dengan rumah penulis. Usai zuhur, penulis dan isteri serta anak sulung bergerak ke rumah pengantin tersebut. Majlis agak sederhana dengan khemah tetamu yang agak panjang. Khemah yang memuatkan pelamin diletakkan di halaman rumah yang berpagar manakala majlis diserikan dengan bunyi-bunyian gamelan. Ianya dianggap agak unik kerana amat jarang majlis walimah diserikan dengan bunyi-bunyian gamelan. Biasanya majlis walimah akan diserikan dengan muzik serta nyanyian karaoke dikendalikan oleh DJ. Majlis walimah terkini biasanya akan menjadi medan nyanyi karaoke suka-suka tanpa batas, tanpa bayaran dan tiada uji bakat. Siapa sahaja yang terangsang untuk menyanyi dipersilakan. Lazimnya yang dapat memegang mic ialah tukang masak, juru rewang yang dah kepenatan, saudara mara terhampir, rakan-rakan pengantin yang ada hubungan kroni dengan DJ dan kadang-kadang te