Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 28, 2011

RBR Endau dan TOT

Jumaat 26 Mei 2011 seawal pagi, sebenarnya seawal jam 2 pagi lagi, penulis telah dikejutkan oleh anak kedua penulis yang kurang sihat kerana demam. Kepanasan yang melanda dirinya sejak semalam telah membuatkan penulis dan isteri kurang enak untuk tidur. Walaupun hingga menjejak ke pukul 3.30 pagi, akhirnya kami berjaya juga tidur sebentar. Menjelang jam 6 pagi, menguruskan solat subuh dan kepanasan sang puteri kedua masih ditahap yang agak membimbangkan. Setelah berjaya memasukkan ubat melalui jalan belakang, kerana puteri penulis yang berusia 2 tahun lebih ini amat sukar makan ubat, maka kepanasan mula menurun. Menjelang waktu dhuha, penulis menghantar anak ke pakar kanak-kanak yang berhampiran. Kemudian, menjelang jam 9.30, penulis dihantar ke bus stop di jalan mersing untuk menunggu bas ke RBR Rompin. Bas yang ditunggu hanya tiba sekitar jam 10.30 pagi. Tanpa sarapan pagi, penulis bergerak memulakan musafir ke RBR untuk program TOT bersama Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan (PKK) Penu