Catatan

Tunjukkan catatan dari September 27, 2019

Kerajaan Baharu vs Kerajaan Lama

Pagi 20 Muharram tahun 1441 daripada hijrah Ar Rasul Penulis melewati pasar awam untuk mencari sesuap makanan buat mengalas perut yang mula berokestra. Seperti biasa, selepas menghantar anak kedua menghadiri tiusyen sekolah agama kerana bakal menempuh peperiksaan UPKK yang tidak diendahkan, tidak seperti peperiksaan UPSR darjah enam,  penulis memang memasang niat untuk mencari sarapan pagi, dimana kebiasannya adalah hidangan nasi lemak. Tatkala hendak memilih bungkusan nasi, sang penjual berceloteh, "Dulu kalau pergi puspakom untuk pemeriksaan kenderaan, boleh call awal pegawai untuk book masa. Tapi kena hulur lah barang RM50 ke atas..." "Tapi sekarang, kerajaan baharu tak pakai dah gitu. Kena beratur ikut giliran. Tu pasal ada lori yang terpaksa datang menunggu sejak pukul 4 pagi..." "Dulu kalau dah book, katakan kita datang pukul 10 pagi, terus masuk, isi borang , bayar lagi, dia tak tengok pun. Tiba-tiba terus lulus.." "Sekar