Catatan

Tunjukkan catatan dari September 13, 2011

Pagi yang bercelaru?

12 September 2011 jam 7.50 am tiba-tiba HP berdering ketika penulis sedang asyik melayan kesesakan minor di pekan elit Parit Raja.. "Nko kat mana sekarang.." kata suara yang memang sangat dikenali "On The Way Pt Raja.." "nko tak tampal jadual waktu lagi..budak ramai tanya ni.." Alamak...jadual waktu...rupanya hari ini hari pertama pelajar masuk ke kelas dalam keadaan mereka tidak tahu jadual waktu...tentu payah. "ramai ke datang.." Soalan yang dibuat-buat dan mengada-ada.. "Boleh taha la.." Maka aku memecut lebih laju. Diperkarangan pejabat baru, kelihatan ramai sekali pelajar yang berada di foyer. "Kenapa tak tampal jadual waktu lebih awal..Semalam ramai yang call akak.." suara yang menyebabkan telinga penulis berdesing dan panas. Bagai sumbu pelita ayan di malam tujuh likur yang dibakar dengan minyak petrol. Suara yang seolah gendang sumbang di awal pagi. "Tak ada tempat nak tampal puan.." dengan nada tarian juga y

Syawal Kembali….

Berlalulah sudah Ramadhan Sebulan Berpuasa…. Syawal kembali menjelma. Sebaik sahaja pengumuman tarikh hari raya eid diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu keudara, bunyi dentuman mercun bagai letupan bom tangan menggegarkan kawasan perumahan penulis. Syawal yang datang pada 1432 Hijrah, sebagaimana syawal sebelumnya, menandakan kejayaan bagi golongan yang menyelesaikan puasa 29 hari pada tahun ini. Pengumuman penyimpan mohor besar kini tidak segah dahulu. Kalau dahulu semasa penulis masih kecil, pengumuman ini sangat ditunggu-tunggu baik pengumuman permulaan Ramadhan ataupun Syawal. Selalunya kami akan berdebar-debar menantikan pengumuman dibuat. Kata-kata yang diluahkan oleh sang penyimpan kami teliti dan hayati satu persatu. Kalau esok raya, tentu sahaja ada suara yang melaung gembira. Tidak kiralah yang melaung dan bersorak itu diperingkat umur mana sekalipun. Maka sepanjang malam, selalunya ahli keluarga tidak akan tidur. Masing-masing dengan tugas masing-masing. Ba