Kisah Anak Tentera : Mari Mengaji
15 Rabiul Awwal tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul Sebagaimana anak² lain yang Muslim, maka agenda mengaji al quran adalah merupakan salah satu agenda wajib. Dek kerana negeri di bawah bayu tidak menyediakan kelas pengajian agama secara formal sebagaimana darul ta'zim, maka kelas² pengajian al quran adalah penting bagi memastikan generasi akan datang dapat membaca al quran dengan fasih. Maka penulis telah dihantar untuk mengikuti kelas pengajian al quran di masjid jame tentera. Terdapat kelas pengajian dengan meja ala kelas persekolahan. Namun hanya sekejap sahaja. Mungkin tidak sampai sebulan dek kerana keadaan yang agak kucar kacir dengan kenakalan anak² tentera yang tidak terkawal. Ibu bapa penulis telah menghantar pula penulis berguru al quran dengan seorang guru mengaji di blok yang sama. Hampir setiap malam seusai waktu maghrib, penulis dan beberapa orang anak tentera yang lain akan bersama mempelajari al quran dari guru yang tersebut. Sistem pengajian secara talaqqi ini ti