Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 2, 2014

Bagaimana hendak menjadi wali?

"Ustaz..bagaimana hendak menjadi wali?" Satu soalan yang agak berat untuk dijawab, selepas solat zuhur di masjid menara nan sebatang, ditengah terik mentari, di dalam kereta yang terjemur di tengah panas tanpa sebarang perlindungan. namun ustaz itu menjawab, "Tunggu anak perempuan kau besar...kau akan jadi wali.." Ya...jawapan itu sudah penulis agak sejak sebelum ditanyakan lagi...Namun ianya hanyalah sebagai pembuka bicara sahaja. Jawapan bersahaja ini sebenarnya lebih menambahkan selera dai sang penanya... "Seorang wali itu kadang kala dia tahu dirinya wali tetapi orang lain tidak tahu bahawa dia seorang wali. Ada kalanya dia tidak tahu pun sebenarnya dirinya seorang wali, tetapi orang ramai tahu bahawa ia seorang wali. Ada kalanya, dia tidak tahu dirinya seorang wali manakala orang lain juga pun tidak tahu bahawa dirinya seorang wali. Dan ada juga keadaan dimana dia tahu dirinya wali dan orang ramai juga tahu bahawa dia seorang wali..."