Berdayung di Sri Dayung
Jumaat 13 April 2012 penulis memulakan musafir lagi menuju ke SK Sri Dayung, Sri Medan Batu Pahat dalam misi yang ke 6 untuk tahun ini. Penulis hanya berdua menumpang kenderaan yang dipandu oleg TG. Bergerak dari ibu pejabat sekitar jam 10.00 pagi dan singgah sebentar di pejabat koko untuk menguruskan kertas kerja berkaitan aktiviti luar yang telah tergendala dek kerana masalah kelulusan. Sekitar jam 10.30, kami bergerak menuju ke destinasi dan singgah sebentar untuk makan di salah sebuah kedai makan. Kemudian melanjutkan perjalanan dan tiba di lokasi sekitar jam 11.30 pagi. Sahabat yang lain tidak kelihatan kerana mereka ada urusan yang perlu diselesaikan. Sekolah yang agak luas dengan sebuah bangunan baru tiga tingkat. Solat Jumaat di masjid yang agak moden bagi sebuah perkampungan yang agak jauh dari kota dilengkapi dengan peralatan multimedia yang canggih mempertontonkan jamaah dengan teks azan dan juga teks khutbah. Walau bagaimanapun suara azan amat perlahan dan seolah-olah k