Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 17, 2018

Asyairah Wa Maturidi ... Antara Kefahaman dan Paksaan

Saban Jumaat, sejak tahun hijrah Ar Rasul ke 1438, jika tidak silap pendengaran, kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah Wa Maturidiah, adalah kalimah yang menjadi sebutan wajib di mimbar² milik penguasa agama hujung semenanjung emas yang sering juga dikenali sebagai gapura selatan. Seolah² pihak penguasa agama di jajahan takluk ini amat prohatin terhadap pegangan aqidah umat dalam kekuasaannya dan menekankan atau mengisyaratkan bahawa hanya aliran ini sahaja yang boleh diterima sebagai aliran massa di negeri tersebut. Bagaimana pula dengan aliran yang lain tetapi masih dibawah ruang lingkup mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah? as-Safarini al-Hanbali pula menyebut dalam kitabnya Lawami’ a l-Anwar al- Bahiyah : “ Ahli Sunnah Wal Jamaah ada tiga kumpulan. Kumpulan pertama ialah al-Athariyyah dan imamnya ialah Ahmad bin Hanbal Radhiallahu ‘Anhu. (Kumpulan kedua ialah) al-Asya’irah dan imamnya ialah Abu al-Hasan al-Asy’ari Rahimahullah. (Dan kum pulan ketiga ial