Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 6, 2018

Kedai Makan Orang Kita Dan Kelemahannya

Imej
Wangsa Melayu bukanlah wangsa yang lemah ekonomi. Cumanya kebanyakan mereka gagal untuk mendapatkan kaedah atau modal bagi memulakan perniagaan. Perniagaan menjual makanan atau warung adalah sangat sinonim dengan wangsa ini. Kita biasa melihat golongan ini berniaga secara turun temurun daripada ibu, kepada anak dan kepada cucu. Namun, lokasi dan bangunan warung tidak berubah untuk tiga generasi. Beberapa malam lepas, isteri mengajak untuk menikmati mee rebus udang galah yang dikatakan sedang hangat tular di media sosial. Meski harga agak garang, namun ada keinginan juga untuk menikmatinya. Perusahaan makanan melayu yang terletak di hadapan deretan rumah taman. Agak sesak juga untuk mendapatkan parkir kerana terdapat satu lagi kedai makan yang agak tersohor di kalangan warga tengah hujung semenanjung emas yang turut menjadi tumpuan. Selepas pusingan kedua, baharulah mendapat lokasi parkir yang agak strategik. Itupun mungkin kerana restoran cina yang terletak di deretan paling huj