Ketua itu ada hak untuk dihormati...
Bagi setiap oerganisasi terdapat ketua yang bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal pentadbiran kewangan dan perjalanan organisasi tersebut.Ketua adalah seseorang yang telah dilantik secara rasmi oleh sesebuah organisasi. Selaku ketua, dia mempunyai beberapa hak yang wajib dipatuhi oleh orang yang berada di bawah kekuasaannya. Di sekolah di peringkat pelajar, wujud ketua pelajar, atau ketua pengawas. Wujud Ketua Pusat Sumber, atau ketua-ketua biro dan sebagainya. Di pejabat, Ketua itu boleh jadi ketua jabatan, ataupun penyelia, ataupun ketua kerani (CC) ataupun juga boleh jadi seorang Penolong pengarah dan sebagainya, asal sahaja dia ada anak buah yang perlu dinilai, maka itu adalah ketua. Selaku seorang Ketua, Islam telah menggariskan beberapa hak yang ada padanya yang perlu diberikan kepadanya oleh orang yang berada di bawah kekuasaannya. Diantaranya ialah : 1. Mendapat kepatuhan dan taat setia Allah berfirman: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepad