Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 4, 2010

induksi dan kita

Setiap penjawat awam tentu pernah melalui pengalaman menjalani kursus induksi umum dan khusus sebagai salah satu syarat untuk disahkan dalam jawatan. Ianya telah termaktub kemas di dalam 'kitab' perlembagaan penjawat awam yang paling sahih, iaitu Perintah-Perintah Am atau lebih dikenali sebagai "GO" - General Order, yang telah disemak beberapa kali oleh lajnah penyemakan JPA, namun syarat untuk mencapai maqam pengesahan, atau istilah biasa dipanggil, keringkan cap jari, dengan mengikuti kursus induksi tidak pernah pula diubahsuai, disamping lulus dalam peperiksaan awam. Penulis telah melalui program ini dalam tahun 2004. Di organisasi yang agak unik ini, kursus induksi bukan seqadar duduk mendengar ceramah dan kemudian mengambil peperiksaan serta menyiapkan assignment semata-mata, tetapi ditambah lagi dengan program LDK - Latihan Dalam Kumpulan selama dua hingga tiga hari. Selepas jam lima, ada pula aktiviti riadah dan juga sukaneka. Ada organisasi yang menjalankan ku

town and gown

'Town and Gown' UTHM produk pelancongan negeri BATU PAHAT 3 Okt. - Perarakan 'Town and Gown' Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) boleh dijadikan produk pelancongan di daerah ini sekali gus disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri. Pegawai Daerah Batu Pahat, Norizan Kulob berkata, keunikan perarakan bagi menghebahkan konvokesyen universiti itu diyakini dapat menarik perhatian masyarakat setempat dan pelancong untuk menyertainya. "Kami mahukan program ini disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri dan seterusnya diuar-uarkan untuk menjadi aktiviti yang menarik di Batu Pahat. "Tidak dinafikan daerah ini masih tercari-cari produk yang berkesan untuk aktiviti pelancongan dan tidak mustahil acara ini akan menjadi perarakan besar seperti di Pasadena, California yang berjaya menarik ramai pelancong," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Perarakan 'Town and Gown' UTHM di Stadium Batu Pahat di sini malam tadi. Seramai 1,8