Jurnal : Hari Pertama Selaku 41
13 Jamadil Akhir 1443 Pagi hari yang cerah secerah pawana...penulis agak terkejar² untuk membuat simulasi bagi menghantar anak² lebih awal ke sekolah. Ini berikutan perpindahan penulis dari ibu pejabat ke pejabat cawangan kecil yang terletak lebih dua marhalah dari kediaman teratak penulis. Penulis berjaya mencari sarapan pagi di warung yang telah mula menyediakan sarapan seawal jam 5.30 am dakwanya. Maka ianya boleh dijadikan hot spot untuk hari² seterusnya memandangkan tiada warung menjual sarapan berbungkus yang lebih awal darinya di sekitar radius teratak penulis.. Berjaya meninggalkan teratak sekitar jam 6.50 am meski hari masih gelap. Ini berikutan waktu fajar sadiq semakin lewat di daerah tengah dan kawasan² yang sewaktu dengannya iaitu kira² jam 6.02 pagi... Penulis berjaya tiba di pekan satelit yang menjadi titik tengah antara dua pekan sekitar jam 7.30 am dan hanya mencecahkan kad pekerja di mesin pengimbas buat kali terakhir dengan kad tersebut dengan catatan jam 7.45 am.