Kad Debit...Mesin Pemprosesan atau manusia yang bermasalah?
Penulis mungkin boleh dikategorikan sebagai pengguna kad debit yang agak tegar @ fanatik. Mana sahaja lokasi pembelian, ingin hanya guna kad debit. Tapi sangat membenci penggunaan kad kredit atau bayaran tertangguh kerana mempunyai pengalaman hitam menanggung hutang tanpa kesudahan dan berpanjangan. Maka setiap kali membeli, meski hanya dengan serendah RM10 pun, penulis suka dan gemar untuk membayar mengguna debit, asal tiada sebarang caj tambahan. Maka pernah lah berlaku beberapa insiden, dimana bila ditanya pada sang pemungut wang, "di sini boleh guna debit?" "Boleh..." Tetapi bila jumlah amaun bayaran kurang dari RM50, "Encik, lebih RM50 sahaja yang boleh guna debit.." Mujurlah dalam dompet ada juga wang tunai. Cumanya, ianya akan menyebabkan bajet yang telah ditetapkan untuk pembelian di kedai² yang memang kita tahu tiada kemudahan debit, seperti kedai makan dan kedai runcit di taman atau kampung, akan lari daripada yang