Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 27, 2017

The Last Day Of Syawal 1438

Hari terakhir syawal...untuk mereka yang ghairah meraikannya sejak malam eid hinggalah menjejak ke hari terakhir ini. Sambutan berupa jamuan dan marhaban (khusus bagi penganut di sekitar gapura selatan) masih ada pada hari ini. Organisasi juga telah meraikannya beberapa minggu lepas. Seperti mana-mana sambutan hari raya, maka pengisian biasa adalah makanan, dan pengisian kedua yang penting juga, ialah muzik dan nyanyian. Muzik dan nyanyian adalah perkara yang amat sinonim dengan sambutan hari raya. Jika tiada keduanya, maka sambutan menjadi amat hambar dan lesu.  Dan pengisian lain ialah marhaban. Ianya juga merupakan elemen wajib yang mengharmonikan sambutan hari raya. Tanpa marhaban, bagi gapura selatan, seolah tiada sah akan kejadian sambutan itu adanya. Pengisian wajib lain dalam sambutan hari raya peringkat organisasi adalah bacaan doa, dan ianya adalah sesuatu yang dianggap rasmi, sebagai melambangkan pemahaman masyarakat  terhadap perlembagaan Malaysia yang tela