Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 3, 2011

Yasinan dan bahaya darinya

Imej
Di setiap komuniti melayu khususnya, akan wujud satu jamaah yang dipanggil jamaah Yasinan. Jamaah yasinan ini terbahagi kepada dua kelompok yang besar iaitu pembahagian melalui jantina. Yasinan lelaki selalunya lebih hamper dengan jamaah di surau ataupun masjid dan di qaryah penulis, ianya tidak terorganisasi dengan begitu baik kerana selalunya ia dimasukkan terus ke dalam aktiviti-aktiviti masjid atau surau qaryah. Jamaah yasinan wanita selalunya akan bertindak lebih dominan. Mereka mempunyai struktur organisasi yang agak tersusun, dan mempunyai aktiviti yang agak berjadual. Pada musim perayaan khususnya aidil fitri, ianya akan bertukar menjadi jamaah marhaban atau baraan. Aktiviti kumpulan yasinan wanita ini selalunya akan diketuai oleh seorang yang lebih berwibawa dan diterima ramai. Aktiviti mereka ialah membaca yasin dan tahlil secara beramai-ramai. Anggota pertubuhan ini akan muncul pada saat-saat kematian, ataupun apabila ada ahli qaryah yang berhajat untuk mengelolakan aktiviti