Catatan

Tunjukkan catatan dari November 24, 2009

Dari W27 ke N27

Sebaik sahaja penulis tamat pengajian di ITM Melaka pada Julai 1996, penulis tidak hanya duduk berserunuks di rumah semata-mata. Penulis dan sahabat sekampung penulis, Pojie, begitu aktif mencari pekerjaan. Hampir setiap hari bertemu dan masing-masing memikirkan plan untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Tapi yang paling penulis ingat ialah dalam satu hari di bulan Ramadhan, penulis dan juge Pojie menunggang motor ke Pt. Raja Batu Pahat apabila mendapat maklumat mengenai kekosongan jawatan di kilang Fujitsu. Masa tu tak kira. Apa sahaja peluang yang datang perlu segera disambar. Kami tiba di kilang tersebut agak awal pagi. Selepas mengisi borang di pejabat pengawal, kami terus ditemuduga oleh salah seorang penyelia (?) dan seterusnya layak untuk temuduga secara bertulis. Selepas temuduga bertulis, didapati kami layak pula untuk temuduga peringkat akhir. Untuk itu, kami terpaksa memakai pakaian khas bersama kasut khas (agak pelik..dah macam nak masuk reaktor loji nuklear le pule). Semasa