Catatan

Tunjukkan catatan dari September 14, 2010

Syawal 4

Tiada apa yang menarik mengenai hari ini. Kebanyakan masa hanya diisi dengan tidur sahaja. Tiada sesiapa tetamu yang sudi menghadirkan diri, namun di waktu akhir Asr muncul sahabat isteri bersama keluarga dan anak-anak. Hidangan soto menjadi suguhan mereka... Selepas Isya', bergerak ke bandar T6 untuk berhari raya di rumah sepupu. Pelbagai kuih raya disediakan disamping air berkarbonat. Pulang ke rumah sekitar jam 11 malam. Kisah-kisah mengenai peristiwa kejam pembunuhan jutawan kosmetik menjadi perbualan dan berita hangat di peti televisyen dan juga radio...