marhaban ya marhaban
Marhaban datang lagi bersempena dengan kehadiran syawal. Pergerakan kumpulan marhaban sememangnya amat masyhur di negeri gerbang selatan ini. Seolah-olah tidak sah sambutan hari raya sekiranya tiada di adakan marhaban masuk kerumah-rumah penduduk sebagai salah satu langkah bagi menziarahi jiran tetangga dan rakan taulan. Pergerakan marhaban biasanya akan berperingkat-peringkat. Mungkin gelombang pertama ialah marhaban rumah ke rumah bagi penduduk qaryah. Ianya mungkin memakan masa sehingga dua minggu untuk enghabiskan ziarah ini. Itupun tidak mampu untuk dilaksanakan ke seluruh rumah ahli qaryah. Ada qaryahahajayang mampu menghabiskan kesemua rumah penduduk dalam masa satu hari sahaja. Meskipun ramai tetapi masa yang diperuntukkan untuk sesebuah rumah adalah kurang dari lima minit. Ini bermakna mereka hanya masuk, membaca selawat dan seterusnya mengumumkan kepada tuan rumah untuk memohon maaf dari kesemua ahli kumpulan. Selalunya acara makan akan dibuat pada rumah yang terakhir denga