Parti Agama dan Parti Nasionalis
Sempena dengan 'kemenangan' parti agama sejak malam 27 zulhijjah selepas pengisytiharan rasmi keputusan PRK Seri Setia, beberapa pernyataan manis pimpinan mereka menunjukkan betapa mereka mempunyai pandangan optimis terhadap masa depan parti mereka. Tatkala parti agama kelihatan begitu berahi untuk bersatu menundukkan PH bersama UMNO, kenyataan pimpinan UMNO pula kelihatan agak berbeza² Namun, kenyataan yang dikeluarkan untuk isu anwar kembali ke parlimen hampir sama dengan sahabat yang baru sahaja disucikan oleh mereka. Kemanakah arah parti agama selepas ini? Mampukah gabungan keduanya dengan kerjasama komponen BN, MIC mencetuskan fenomena baru yang bakal menggoncang PH? Adakah tugas pembangkang hanya berilusi dan senantiasa membuat keputusan yang tidak tepat? Secara awal, kita melihat wujud dua kelompok di dalam UMNO yang mana satu masih kental untuk mempertahankan idealisme nasionalisme pekat dan mereka dikawal ole