Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 16, 2011

kem AH air hitam muar

14 okt kami bergerak malam selepas isya menuju ke kem AH air hitam Muar, lokasi setersunya dalam siri pengembaraan hidup bersama... Sememangnya operasi kali ini agak berbeza dengan pergerakan pada waktu malam hari. Singgah sebentar menikmati semangkuk sup kambing beserta nasi putih dek kerana perut mengerang kelaparan disebabkan tidak sempat menjamah makanan tatkala menunggu waktu Isya' di rumah tua.. Tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengah malam. Pengisian awal dengan berborak .. Pelbagai ceritera dan rahsia serta dogengan yang keluar hinggakan sahabat PH yang seawal tadi sudah disampuk sang mengantuk telah berjaya meloloskan diri dan akhirnya hanya tidur sekitar jam 3.00 pagi... Sekitar jam 5.15, Tuan Guru telah mengejutkan kami untuk solat Subuh. Usai subuh ialah taklimat dan taaruf. Kemudian bergerak ke gerai berhampiran untuk sarapan pagi yang enak. Sepinggan nasi goreng bercampur mee maggi goreng dan kuey teow cukup menyelerakan. Peserta tiba sekitar jam 8.45 am. Acara pertam