Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 7, 2013

Hari terakhir Ramadhan rupanya...

Hari ke 29 ramadhan tiba jua menjengahkan diri dengan sinaran mentari bagaikan warna keperakan. Ini dikongsi bersama dengan dua sahabat yang lain yang turut mengakui perkara tersebut. Benarlah akan ijtihad hujjatulmislam al Ghazali akan malam qadr yang dijangka jatuh pada malam ke 29 ramadhan pabila awal ramadhan berlaku pada hari rabu... Kesibukan hari ini untuk membuat sedikit persiapan. Ya...melayu tetap mengekalkan status quo bahawa perlu membuat persiapan untuk menyambut lebaran...ke pasar tani untuk membeli dan membelah dan kemudian membuat sedikit persiapan. Menyelesaikan masalah motosikal tua yang agak lama tersadai dek keraja tayar yang lembik tidak sempat untuk dipamkan anginnya. Membawa motor dengan tayar belakang lembik menuju ke kedai motor. Mentari memang tidak panas. Kedai motor biasa milik pasangan berbangsa tionghua. Nyonya becok bercerita mengenai kucing peliharaannya. Dari cerita yang disampaikan ternyata beliau amat sangat menyanyangi kucingnya. Kucing-kucing itu di