Catatan

Tunjukkan catatan dari April 19, 2015

Temuduga terancang?

Imej
Dalam debaran menantikan keputusan sebuah temuduga, terlalu banyak gosip liar yang bertebaran oleh kilang² penyebaran khabar angin. Sebagaimana sesi² sebelum ini, kilang khabar angin yang tidak diketahui punca asalnya dari mana, tetap akan menyebarkan serta menyiarkan surat khabar angin ini dan peliknya, ianya begitu laku dan seolah² diketahui oleh seantero penduduk lagaknya.. Tidak perlulah penulis menulis satu persatu akan peri khabar angin tersebut. Nanti tergolong pula penulis ke dalam golongan yang menyebarkan sesuatu yang berbantuk sangka-sangkaan sedangkan bersangka-sangka itu kebanyakkannya adalah dosa... Pengalaman selepas temuduga...ia sepertimana calon² lain..tentu sahaj merasa akulah sebenarnya yang terbaik dan terlayak dari yang lain-lain..tetapi pada kali ini, penulis merasa amat berbeza. Terasa diri penulis begitu kerdil dan terlalu jauh dari jawatan yang dipohon berbanding belasan yang hadir dan berjaya sampai hingga ke final. Sejujurnya, sebelum menghadiri