Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 28, 2014

Merapatkan saf : perkara yang dipandang remeh

Apabila imam telah berdiri di hadapan mihrab untuk melaksanakan solat berjamaah, maka adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengingatkan jamaah di belakangnya untuk merapatkan saf yang renggang dan meluruskan saf yang bengkang-bengkok sebelum memulakan takbiratul ihram. Namun tidak ramai imam yang mampu berbuat demikian. Adakah kerana ia terlupa, atau dia tidak mempunyai kekuatan untuk berkata-kata (tidak semua orang boleh melakukan public speaking), atau dia sememangnya tidak tahu. Acapkali jamaah akan menemui atau mempunyai seorang inam karyah yang apabila sudah berada di hadapan terus sahaja memulakan takbir tanpa menoleh ke belakang apa lagi untuk memberikan ingatan kepada jamaah. Maka kita akan kerap menemui keadaan saf yang tidak rapat, keadaan saf yang bengkang-bengkok dan juga yang terputus. Bukankah Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa baginda pernah melihat syaitan sebesar anak kambing yang berada di antara saf solat yang tidak rapat? Junjungan besar SAW juga pernah