Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 8, 2014

Selepas 10 hari : Apa khabar saudara syria?

Imej
Aktiviti merentasi Ramadhan telah berada dihujung trisemester pertama yang menjanjikan rahmat. Walaupun masih tiada kedapatan dendangan lagu hari raya di pejabat, namun desakan dan dengungan untuk menyiarkan lagu hari raya serta aktiviti berkaitan, seperti sesi bergambar untuk membuat kad hari raya sudah mula berlegar di medium komunikasi massa.. Aktiviti waktu Dhuha diisi dengan tazkirah Ramadhan anjuran pemilik bangunan pejabat puncak desir angin. Ulama kerajaan dipanggil dari daerah berlainan untuk membuat sedikit pengisian berguna. Dewan penuh diisi dengan para pencinta ilmu dikalangan staf. Masjid di qaryah menjemput imam atau sebenarnya pelajar tahun tiga Universiti Madinah yang berasal dari negara bergolak, Syria. Agak berani juga pihak AJK masjid memberikan laluan kepada salah sebuah Ngo membawa seorang wakil 'pemberontak' Syria di masjid, tatkala dengungan militia dan pengganas yang berjuang di Syria boleh ditangkap!! Beliau ini menceritakan serba sedi