Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2013

iktikaf di IKEA

Imej
Sabtu awal sesudah subuh sudah bergerak meninggalkan kediaman dengan nawaitu musafir menuju ke IKEA..atas permintaan orang sebelah yang setia.. Perjalanan merentas lebuhraya PLUS hanya bermula sekitar jam 9.30 pagi. Sebelum itu menguruskan pengisian petrol dan memeriksa tekanan angin pada tayar baru yang baru berusia tiga hari... Tiba di bangunan IKEA sekitar jam 12.30 tengahari dengan sambutan mesin tiket parkir yang tidak berapa mesra pelanggan. Setelah ditekan dua kali maka terpacullah dua tiket dan barulah palang itu terangkat... Seperti biasa orang sebelah akan menunaikan hajatnya untuk membeli belah bersama pembantu setianya serta anak sulung kami. Penulis mencari tempat yang sesuai untuk duduk, rehat dan sebagainya.. Ternyata di bangunan IKEA ini terlalu ramai umat sebangsa dan seagama dengan kepelbagaian penampilan yang berbeza, sama ada ranggi, sexy mahupun santai tidak ketinggalan yang menutup aurat dengan sempurna (mungkin hanya ada 2% sahaja).. Bagi pen