Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 2, 2023

Ergonomik : Sudut Penting di pejabat

Imej
 7-8 Syaaban 1444 Hari permulaan hujan panjang di hujung selatan semenanjung emas juga merupakan hari permulaan penulis mengunjungi salah sebuah gedung menara di hujung selatan bagi menyertai sebuah kursus yang bernilai segulung sijil kompeten; Penulis mempelajari secara padat berkaitan kepentingan ergonomik dalam pekerjaan dan isu²  yang melingkarinya; kedapatan isu-isu lebih menarik pihak swasta berbanding kerajaan : Mengapa? belum ada jawapan; Boleh jadi isu² berkaitan dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun ianya boleh membantutkan produktiviti di jabatan; Sebagai contoh seorang pekerja yang kerap mengadu sakit tangan, bahu dan tengkuk semasa dan selepas bekerja. Lama kelamaan sakitnya mungkin akan menjadi lebih parah dan boleh mengakibatkan penyakit otot dan saraf; apa yang menarik ialah, guru kami menyatakan jika sekiranya pekerja dilepaskan untuk keluar minum seketika, kemudian keluar menguruskan anak dan kembali bekerja, ianya tidak merugikan majikan bahkan memberikan impak

Teguran Buat Sang Imam

Imej
 10 Syaaban 1444 Adalah menjadi amalan di mana² masjid dan surau seluruh pelusuk dunia moden kini untuk mengejakan solat jahr dengan imam mengenakan alat pembesar suara; namun amalan membaca zikir selepas solat Fardhu dan berdoa dengan menggunakan pembesar suara hanya berlaku di sebahagian negara sahaja, khususnya di kawasan asia tenggara atau mana² yang diduduki oleh bangsa Melayu yang mendakwa merekalah yang disebutkan atau dimaksudkan dalam hadith junjungan صلى الله عليه وسلم sebagai bani tamim - ta mewakili TANAH manakala mim adalah MELAYU; Adalah perkara biasa juga tatkala bersolat jahr, terdapat gangguan pada alat pembesar suara - mungkin disebabkan oleh masalah penyambungan yang telah lama tidak diselenggara atau masalah bateri yang hampir menemui jalan penamatnya jika menggunakan blue tooth; namun apa yang janggal ialah sebaik sahaja pembesar suara bermasalah tatkala solat didirikan, seusai memberi salam, imam akan cuba memperbetulkannya disambut oleh sang bilal yang meluru ke