Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 17, 2014

Perjalanan menuju Ramadhan: Apa persediaan kita?

Imej
Kita akan menemui Ramadhan dalam masa 42 atau 43 hari dari sekarang jika masih diberikan kesempatan untuk menemuinya. Maka apakah persediaan kita sekarang? Mungkin ramai yang tidak berapa nak perasan akan saat hampirnya Ramadhan 1435, tetapi sangat bersedia bahkan sibuk untuk bersedia menghadapi 1 syawal. Mereka memandang kosong akan kehadiran ramadhan dan begitu teruja untuk menghadapi syawal.. Siapakah yang begitu bersedia menghadapi syawal? Antaranya ialah peniaga kuih raya. Tempahan telah mula dibuka. Begitu juga kerepek dan aneka jamuan lain untuk menghadapi hari lebaran. Walhal al quran dan hadis tidak pernah menyebut akan syarat sah hari raya ialah dengan wujudnya kuih raya. Begitu juga dengan para penjahit. Seawal safar lagi, tempahan baju raya telah ditutup dan tidak diterima. Maka sesiapa yang lewat membuat tempahan, terpaksa membeli pakaian yang telah siap selewat-lewatnya selepas pengisytiharan tarikh hari raya eid, ataupun terpaksa memakai pakaian tahun sebelumnya, ata