Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 23, 2014

Maulid di sana sini - Abdul Uzza pelopor acara sambutan maulid?

Imej
Bermula dari tarikh 12 Rabiul Awwal, yang dipercayai oleh jumhur muslimin di seluroh pelusok dunia Islam, khususnya di rantau asia tenggara, hampir setiap hari ada sahaja masjid dan surau ataupun organisasi yang menganjurkan program meraikan kelahiran Junjungan Agung Muhammad Rasulullah SAW... Penulis masih lagi teringatkan sirah yang jelas menyatakan bahawa manusia yang paling gumbire dan boleh dikatakan pelopor kepada sambutan maulid (mengikut acuan sambutan mutakhir) ini ialah seorang lelaki yang merupakan bapa saudaranya, Abdul Uzza bin Abdul Mutallib, atau dikenali sebagai Abu Lahab. Beliau ini dikatakan terlalu gembira dengan berita kelahiran anak kepada adik kandungnya, Abdullah yang telah terselamat daripada menjadi korban sebelum itu, dan juga telah meninggal dunia lebih awal sebelum sempat menatap wajah bercahaya anaknya, Muhammad. Hinggakan diriwayatkan bahawa Abu Lahab telah memanggil cahaya mata terkini Bani Hasyim itu sebagai anakku... Untuk mensyiarkan kegembira

Gila untuk menjadi fasi? : Fenomena terkini veteran fasi

Imej
Dunia fasi masih lagi berlegar dan bermain-main di fikiran sesetengah veteran perang fasi. Penulis sebenarnya ingin 'melarikan' diri daripada sebarang kenangan dan perkara yang bersangkut paut dengan bidang ini. Bukan kerana sudah mual. Tidak pula kerana benchi. Jauh sekali dek kerana dendam (tak memasal?) Cumanya beberapa hari yang lepas, gajet ini dilayangi panggilan dari veteran perang fasi yang merupakan salah seorang pakar stategis yang sudah begitu lama tidak menyertai perang gerila fasi.  "Kau ada maklumat pasal program &**%%?" "Tak dek sheikh...." "Kalau begitu tak pa..." Lebih kurang begitu perbualan kami. Veteran perang fasi ini kedengaran suaranya begitu teruja untuk menyertai program terkini yang bakal berlangsung sekitar minggu hadapan khabarnya. Tapi sayang, pintu masuk ke program tersebut telah ditutup serapat-rapatnya. Tiada siapa lagi di kalangan veteran yang mampu menerobosnya lagi.. Program ya