Tahanan di pulau : sebuah pengalaman
Sekitar jam 0530 pagi waktu pada jam tangan dan juga yang tertera di muka gajet, bas yang ditumpangi telah melintasi jambatan terpanjang di asia untuk masuk ke pulau yang diperintah oleh sebuah pakatan. Permukaan selat yang memisahkan pulau dengan tanah besar kelihatan tenang menyambut fajar yang masih belum timbul. Tatkala pintu bas di perhentian terbuka, penulis disambut ramah oleh para pemandu teksi yang menawakan sewaan teksi ke lokasi yang diingini. "Itu tempat...RM15.." kata taukeh sebuah kereta sewa. "Dekat saja sudah mahal ka..." "Murah u naik bas..." Belum pukul enam pagi dah ada bas? Penulis terus menuju ke seberang jalan tempat yang sama sewaktu penulis tiba di stesen bas tersebut lebih kurang lima bulan yang lepas. Bertemu dengan seorang penduduk tempatan. "Kalau nak ke... tunggu bas di sini ke?" penulis bertanya selepas memberi salam. "Ye betul.." Kemudian muncul seorang lelaki muda berb