Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 18, 2016

Hari ini dalam sejarah

Imej
16 Mac 2016 merupakan tarikh keramat kelahiran blok pakatan baru pembangkang dengan termeterainya persefahaman antara Parti Agama dan Parti Ikatan - yang merupakan juga serpihan parti pemerintah yang dipimpin oleh salah seorang bekas menteri kabinet zaman keemasan pemerintahan pemerintah.  Pemimpin Parti Agama dalam menyifatkan pakatan itu menyebutkan sebuah pakatan pembangkang yang tidak bersifat agresif. "Menyokong kerajaan dalam perkara kebaikan...dan menentang sekiranya berlaku yang tidak baik.." Pimpinan Ikatan juga menyatakan persetujuan mengenai hudud yang belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.  "Pembentangan di parlimen adalah untuk memperkukuhkan mahkamah syariah sahaja.." antara intipati petikan wawancara dengan presiden ikatan. Bagaimana parti agama rela mendiamkan hudud yang menjadi asas perjuangan tika ingin bermutaah dengan ikatan namun mewar-warkan pelaksanaannya sejurus sebelum muktamar dan pemilihan agung serta menjadikannya bah