Ramadhan ke empat
Bahang untuk berpindah pejabat sudah mula terasa apabila masuk sahaja ke pejabat pagi tadi telah tersusun beberapa kotak kosong, khusus untuk mengisi barang pejabat. Kotak-kotak ajaib yang dinantikan sejak sekian lama ini akhirnya muncul jua di Ramadhan ke empat yang sangat mulia ini. Maka ini menandakan tibanya sudah masa untuk mengemas segala khazanah yang ada di sekitar untuk dimasukkan ke dalam kotak dan seterusnya dibawa ke bangunan baru di kampus induk... Cuaca Ramadhan ke empat mendung bersulam hujan sekejap-sekejap. Berbeza dengan cuaca di awal dan hari kedua Ramadhan yang begitu panas dan menyengat. Keadaan di pejabat penulis agak kurang teratur dek kerana kebanyakan di bahagian penulis telah mula ghairah dengan kedatangan sang kotak. Taraweeh di qaryah penulis sangat kurang berbanding malam-malam sebelumnya. Bagaikan satu kejutan yang hampir sama dengan kejatuhan saham di bursa-bursa saham antarabangsa dan juga kebangsaan kerana pengaruh kejatuhan saham USA. Oh..takkan keiman