Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 18, 2014

Antara Makkah : Jepun : Malaysia - Islam di mana?

Imej
Ketika iktikaf secara tidak senghaja di jame bandar Kluang tatkala menantikan hilangnya syafaq merah diufuk barat, kuliah diadakan dan disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar yang dikenali dan agak tersohor. Kuliah mendendangkan lagu maqasid syariyyah yang antara lain menyentuh berkaitan pelaksanaan hukum-hukum islam. Kewarasan akal sering terlayang dek bisikan merdu syaitan mengajak manusia menutup mata dan menghilangkan kebolehan mendengar.  Antara bait dendangan yang menarik ialah pelaksanaan hukuman qisas di saudi ke atas pesalah jalan raya yang didapati melanggar serta menyebabkan terbunuh mangsa. Pemandu akan dikenakan bayaran diyat berjumlah 60,000 riyal, dipenjara tanpa bicara selama 6 bulan, dan selepas itu baharulah dibicarakan di mahkamah untuk menghadapi pertuduhan . Jika sabit pertuduhan, hukuman balas bunuh boleh dijatuhkan kecuali jika pihak keluarga memberikan kemaafan. 60k riyal jika langgar dan mati. Jika diaplikasi di negara terchenta, tentu ka