Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 13, 2011

Jati Diri lagi

8 Januari 2011 tirai tahun baru ini dibuka dengan penyertaan penulis selaku fasilitator program jati diri INSEP pada kali ini. Program dilaksanakan di lokasi yang sama, AKLI Kota Tinggi. Kali ini program dimulakan pada hari Sabtu...mungkin kerana program pada hari Jumaat seringkali menyebabkan peserta tidak dapat menghadiri solat jumaat, maka pelaksanaan diubah pada kali ini. Penulis bersama dengan fasi lain seperti mentor, pegawai hutan, tuan guru dan kem komandan. Tiba di lokasi sekitar jam 11 pagi. Mendapatkan penginapan sebilik dan dimulakan dengan taklimat oleh kem komandan dan penyelaras program diiringi jamuan makan tengahari dan solat jama' taqdim zuhur dan asr. Jumlah peserta yang hadir solat ini tidak penuh. Tidak seperti musim sebelum ini. Acara selepas solat ialah ice breaking. Memandangkan kumpulan ini seramai 190 orang, ice breaking dipecahkan kepada 4 kumpulan. Penulis bersama mentor menerima beberapa orang peserta. Acara yang diadakan ialah rantai nama dimana setiap