Warung Kerang : Sudah jadik Warung Kupang
22 Syaaban 1442 (Ahad) Hari pertama bekerja di pejabat untuk minggu ini. Agak banyak juga surat yang perlu dikeluarkan. Al maklumlah pejabat tanpa jurutulis, maka jadilah penulis selaku jurutulis, penyelia dan juga kadang² pegawai(?) Dek kerana kelaparan yang mula merobek usus besar, bersegera penulis berlari menuruni anak tangga pejabat menuju ke kenderaan yang telah diparkir di lokasi teduhan sementara. Dalam kereta masih berfikir, kemana hendak meredakan didihan asid di dalam liang usus ini? Adakah di dalam kawasan pejabat sahaja atau di luar? Biasanya penulis akan mengajak rakan lain sebagai peneman bicara di jalanan, di meja makan dan juga ketika pulang dari menjamu selera. Tapi kali ini penulis fikir, lebih baik sendirian, kerana mungkin orang lain ada tugasan penting yang perlu disiapkan. Apabila penulis mempelawa, khuatir akan timbul perasaan serba salah untuk memenuhi permintaan atau meneruskan tugasan. Jadi untuk jalan selamat, pergi sendirian... Maka penulis terkenang akan