Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 24, 2012

Kelas terakhir

Imej
Setelah beberapa siri pertemuan sejak september akhirnya kelas ini tiba ke penghujungnya. Kelas akhir ini dihadiri tidak seramai kelas pertama. Penulis membawa pelajar untuk refleksi dan melihat semula segala dapatan dan peritiwa sepanjang kelas dan program berlangsung. Ternyata majoriti faham objektif kumpulan ini. Faham kenapa mereka menyertai kumpulan ini. Cuma di pertemuan ini kadar kehadiran berada di tahap yang amat kritikal. Mungkin mereka berfikiran bahawa dengan hanya satu kredit ianya seolah tahi lalat sebutir di tepi pipi yang mungkin tidak mencacatkan kejelitaan atau kemarcuran wajah. Namun mereka mungkin hampir terlupa bahawa kadangkala tahi lalat sebutir itu boleh membesar dan mampu pula membawa kecacatan seumur hidup!! Penulis juga cuba membawa pelajar berfikir sejenak mengenai misi organisasi. Ternyata ramai yang gagal memahaminya. Didoakan semoga yang hadir mendapat kejayaan dalam setiap ujian ..