Rindu Taraweeh Zaman BN
Ramadhan 1411 adalah mencatat sebuah sejarah dalam kehidupan penulis di mana buat pertama kalinya penulis menjalani Ramadhan di perantauan, jauh daripada dakapan hangat keluarga. Pada waktu tersebut, penulis berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang agak berprestij pada waktu dan ketika itu. Sekolah tersebut baharu sahaja di buka dan batch penulis merupakan batch yang ketiga masuk dari tingkatan empat selepas berjaya mendapat keputusan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) yang agak baik pada waktu dan ketika itu. Ramadhan di SBP boleh dikatakan satu pengalaman yang menakjubkan. Kami akan berkumpul lebih awal di dewan makan untuk mengambil makanan, dan kemudian tray yang dipenuhi makanan itu akan disusun di atas meja. Ertinya, sepanjang Ramadhan kami akan makan malam bersama untuk kesemua warga sekolah tersebut. Sekitar jam tujuh, kami akan mula mendekati meja makan yang telah terhidang dengan tray berisi makanan tersebut. Duduk menunggu sambil berbual kosong. Sepatut