Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 23, 2016

Selepas Lapan Belas Hari...

Imej
Hari ini merupakan hari ke lapan belas umat Islam melalui bulan Ramadhan. Cuaca di daerah tengah gapura selatan agak hangat. Kakitangan awam di gapura selatan pulang lebih awal dari khamis di luar Ramadhan. Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada staf muslim dan muslimat membuat persiapan awal untuk menyambut iftaar.  Program² iftaar semakin rancak di adakan di sana sini, sama ada dalam bentuk rasmi mahupun tidak rasmi. Daripada geng motor hinggalah kepada geng koperat, semuanya telah memasukkan jadual iftaar bersama rakan sejawat sekurang² nya sekali dalam era Ramadhan 1437... Malam seusai iftaar, kelihatan jamaah ini lebih senang berpusu-pusu memakmurkan Ramadhan dengan mengimarahkan bazaar² yang penuh bercahaya dan bergemerlapan, seolah-olah sang kalkatu yang mabuk cahaya. Jamaah masjid kelihatan mula mengecil, tidak seperti minggu awal Ramadhan yang mengembang dengan sangat mendadak!! Lagu² sambutan syawal semakin bersemarak dengan gema penuh kekuatan dan sema