Catatan

Tunjukkan catatan dari April 12, 2019

Lawatan luar sekitar makkah

Imej
Adalah menjadi amalan wajib untuk mana² travel agency yang mengelolakan ziarah umrah untuk melaksanakan ziarah luar di mekah sebanyak dua kali untuk menjadikan bilangan umrah yang dilaksanakan oleh jemaah sebanyak tiga kali sekurang-kurangnya di sepanjang ziarah mereka ke makkah. Ziarah luar tersebut adalah untuk membolehkan jemaah bermiqat di dua lokasi yang telah ditentukan, iaitu yang pertama di masjid jaaronah dan kedua di masjid hudaibiyah. Ziarah pertama pada isnin 18 rejab 1440 berlaku seawal jam 7.00 pagi dimana jemaah telah berkumpul memenuhi ruang lobi hotel aras 3 Dar ieman safwa. Seusai solat subuh sekitar jam 5.40, jemaah sudah mula berasak untuk kembali ke hotel bagi menikmati sarapan pagi. Bagi jemaah penulis yang tinggal hanya 50 meter daripada dataran masjid, pergerakan pulang ke hotel tidak menjadi masalah yang besar. Dewan makan mula dibuka sekitar jam 6 pagi. Oleh itu, bukanlah sesuatu masalah untuk berkumpul seawal jam 7 pagi. Namun, pada masa yang dijan

Sekatan di Dalam Masjidil Haraam

Imej
Masjidil Haraam sekitar rejab 1440 masih bergelumang dengan projek yang tidak pernah siap. Pengalaman penulis yang diberikan nikmat hadir menjadi tetamunya di tahun 1991, 2012 dan kini memperlihatkan pengalaman bangunan masjid yang senantiasa berada dalam keadaan penambahbaikan atau baikpulih yang tidak pernah ada kesudahannya. Berkunjung ke masjid yang menjanjikan 100 ribu kali ganda pahala untuk muslim yang solat didalamnya pada kali ini menyaksikan lautan manusia yang begitu ramai. Mungkin kerana bulan Rejab peningkatan jemaah untuk mengunjungi baitullah ini begitu menggalakkan. Jika masuk ke masjid ini melalui pintu dari arah bangunan menara jam, maka kita akan bertemu dengan beberapa sekatan yang dibuat oleh polis saudi yang sedia berkawal. Kotak-kotak berwarna hijau akan dipasang di beberapa ruang, khususnya antara 40 ke 30 minit sebelum azan dikumandangkan. Tidak dapat dibaca apa sebenarnya motif penutupan jalan menuju ke mataf dibuat sedangkan sebenarnya dengan menutup