Catatan

Tunjukkan catatan dari September 27, 2011

Tiga hari tiga malam

Bermula Jumaat...sebenarnya malam Jumaat lagi ..keluarga besar ini sudah semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti bagi menyambut kehadiran menantu baru...Ya..menantu baru .. Persiapan untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung pada 25 Syawal 1432 sekitar jam 3.00 petang semakin rancak dijalankan. Sudah barang pasti isteri penulis yang merupakan saudara kandung kepada bakal pengantin lelaki sepertimana biasa akan disibukkan selaku wedding planner. Persiapan serta perbincangan awal sebenarnya sudah berjalan sejak awal ramadhan lagi dan semakin memuncak memacu apabila tiba saat-saat akhir ini. Dan Jumaat yang mendebarkan itupun tiba. Bakal pengantin diarak dengan kenderaan menuju ke rumah bakal pengantin perempuan. Ramai juga pengiring. Maklumlah, bapa saudara agak ramai yang menghantar. Pengantin yang berpakaian serba putih kelihatan segak dan agak gementar. Bacaan doa serta sedikit ucapan dilaksanakan sebelum berangkat. Setibanya di rumah pengantin perempuan, tuan imam masih belum hadi