Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 7, 2011

Wang Ehsan oh Wang Ehsan

5 Mei 2011 jam 9.00 pagi...itulah tarikh dan masa yang diwar-warkan di beberapa balairaya, surau dan masjid sekitar kluang khusus untuk mangsa banjir yang berlaku pada 30 Januari 2011 (Ahad) lepas, dimana wang ehsan kununnya akan dibahagi-bahagikan kepada semua mangsa yang terlibat. Pada awalnya, senarai nama penerima boleh dirujuk di kedai berdekatan. Malangnya, bila penulis ke sana, senarai nama tiada. Menurut pemilik kedai, senarai nama tersebut telah hilang...keanehan pertama. Maka pada pagi hari yang dijanjikan, penulis terpaksa masuk lewat ke pejabat semata-mata untuk hadir ke acara tersebut. Pada imaginasi penulis, sudah barang pasti program akan berjalan dengan lebih teratur dan tersusun berbanding tahun-tahun malang sebelumnya berdasarkan kepada pengalaman. Tapi sayangnya, tatkala penulis tiba sekitar jam 9.15 pagi, keadaan sudah mula sesak. Masalah pertama hendak mencari parkir kereta. Penulis terpaksa berpusing dua kali untuk mendapatkan tempat, itupun pada kali kedua main l