Pensejarahan Melaka - Kuliah Sejarah
Hari kelima di pulau tahanan... Malam semalam berjaya untuk tidur awal ... itupun secara tidak senghaja. Seusai Isya. Dan Alhamdulillah, dapat bangun pada jam 11 malam. Maka bersegeralah untuk study kununnya. PB adalah pada Ahad jam 12 tengahari. Modul yang perlu dibaca berbab-bab. Namun digagahi jua demi mengejar ilmu dan ghairah kepadanya... Itupun gagal bertahan...sekitar jam 3 pagi ...dah berangkat semula ke alam gelap. Alhamdulillah, azan di HP menggetarkan gegendang telinga penulis. Solat Subuh berjamaah di surau resort hanya dihadiri oleh tiga lelaki dewasa sahaja. Seusai solat, berjalan balik dan cuba menyambung study yang terbengkalai pada jam 3 pagi tadi. Kelas pada hari kelima, sabtu berlangsung pada jam 2 hingga jam 4. Penulis merasa seolah duduk di dalam majlis penglipur lara di zaman kesultanan Melaka. Banyak info berkaitan kerajaan Melaka yang boleh dikongsi bersama. Antaranya sikap kegilaan Sultan Mahmud, Sultan terakhir Melaka, terhadap pe