Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 28, 2013

Antara mencari qari dan mencari bintang....

KOTA BARU:  Qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Dewan Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini. Masing-masing membawa pulang sebuah kereta Proton Preve, yang merupakan hadiah tambahan tajaan Tabung Haji pada tahun ini, selain wang tunai RM15,000 beserta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan. Anuar memperoleh 92.33 peratus markah manakala Hanimzah mendapat 88.34 peratus. Mereka akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 29 Jun hingga 6 Julai ini. Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas yang mengutip 89.67 peratus markah muncul naib johan manakala tempat ketiga milik qari Terengganu Mohamad Hafas Ali yang mendapat 86.67 peratus. Naib johan qariah pula disandang peserta Johor Nor Azrah Ayub yang memperoleh 86.00 peratus markah manakala tempat ketiga milik qari

Kerinduan terhadap Madinah menjelma kembali...

Imej
Jumaat hening ini tatkala menziarahi laman sosial FB, terpampang satu entry dari sahabat satu sekolah dan satu organisasi bergambar di KLIA untuk sekali lagi berangkat ke Tanah suci. Setahun sebelum ini, beliau juga berangkat ke tanah suci beberapa hari selepas penulis dan isteri pulang ke tanah air juga dari tanah suci. Nampaknya beliau menang lagi untuk ke tanah suci.. Dikhabarkan jua bahawa beliau akan menunaikan haji juga dalam tahun ini...subhanallah....bagaimana beliau berjaya menjadi tetamu Allah hampir setiap tahun? Penulis baru sahaja dua kali menghadiri dan menyahut panggilan kaabah. Kali pertama sekitar tahun 1991 dan yang terkini pada tahun lepas  http://abuzair.blogspot.com/2012/07/kembara-suci.html Semalam seusai solat zuhur di masjid, salah seorang jamaah bercerita mengenai anak lelaki beliau yang sudah menghafaz sebanyak 11 juzuk al quran di salah sebuah madrasah arabiah. Beliau juga bercadang untuk ke madinah sama ada cuti sabatikal ataupun cuti tanpa gaji

Khutbah Jumaat

Imej
19 Syaaban - Jumaat yang gemilang. Buat julung kalinya penulis dapat mendengar khutbah dari awal hingga akhir. Sudah terlalu lama penulis hanya tertidur setiap minggu tatkala khutbah dibacakan .. Namun pada hari ini, alhamdulilla ..dapat mendengar teks bacaan khutbah yang dibacakan oleh sang imam. Ya..zaman ini adalah zaman mendengar bacaan teks khutbah. Bukan seperti zaman sebelumnya dimana imam benar-benar berkhutbah .. Khutbah pada kali ini berkisar tentang kebanggan umat Musa as yang terlalu angkuh mendabik dada menyatakan bahawa mereka merupakan umat Musa as yang digelar ahlil kitab. Namun kebanggaaan itu hanya pada zahir sahaja. Bukan pada pengamalan dan pematuhan kepada syariat Musa itu sendiri. Bahkan pendeta atau Rabbi merekalah yang mempelopori pengubahsuaian terhadap isi kandungan Taurat dan juga Injil agar bersesuaian dengan nafsu serakah mereka.  Mereka membaca kitab suci mereka hanya untuk mendapat keberkatan semata-mata. Bukan untuk diamalkan isi kandunganny