Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 29, 2016

Keanehan di syawal

Imej
Eid Fitr sekali lagi menjelma buat menggembirakan insan² yang telah selesai menjalani ibadah puasa selama sebulan. Meskipun realitinya tidak semua umat yang mengaku Islam dapat menyempurnakan puasa penuh selama 30 hari dek kerana alasan uzur, atau malas, atau buat² uzur, namun segala jenis manusia seumpama ini yang kerap mencari² alasan untuk tidak berpuasa sering kelihatan lebih berhari raya daripada orang yang berpuasa penuh. Sebagaimana yang kerap diceritakan daripada lisan para asatizah, para sahabat Rasulullah SAW menjelang akhir Ramadhan tidaklah mereka disibukkan dengan agenda untuk balik kampung ke Makkah untuk berhari raya. Tidak pula disibukkan dengan acara memasak rendang atau juadah untuk menyambut hari raya. Tidak pula mereka itu menjadi sibuk berbicara mengenai mengaut keuntungan perniagaan menjelang syawal, atau untuk mengadakan lelong di malam hari raya. Para sahabat akan disibukkan dengan menggandakan amal ibadah dan merintih merayu kesedihan disebabkan oleh