Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 18, 2013

Calon YB - Teringat pule semasa pilihanraya

Imej
Tiba-tiba teringat untuk menulis insiden semasa hari pengundian pada PRU 13. Cerita dah lama. Tapi masih belum basi... Penulis membuang undi di kawasan yang berhampiran dengan kediaman penulis dengan membawa bonda sekali. Beliau sebenarnya begitu bersemangat untuk membuang undi. Tapi jangan ditanya dia undi siapa...bukankah undi itu rahasia? Tatkala beratur di saluran umur pertengahan ini, muncul kelibat calon DUN dari pihak yang belum memerintah. Terdapat juga calon Parlimen juga yang belum memerintah. Yang sudah memerintah tiada pula kelihatan akan bayangnya pun... Maka bersalam-salamanlah calon ini akan segenap pengundi yang berada di saluran tersebut. Mungkin baginya saluran ini bakal membekalkan undi yang terbanyak untuk parti dan juga dirinya. Tiadalah pula kelihatan susuk tubuh calon ini berjalan kepada saluran orang-orang lama. Boleh jadi dia telah terhidu bahaya ataupun mungkin dia telah melaluinya tanpa disedari oleh penulis.  Kemudian, di suatu sudut, ca