bonus dan kita
Dalam perjalanan pulang, perbualan mengenai bonus diperbincangkan. Kegagalan pihak pemerintah untuk memberikan bonus dengan alasan ianya boleh menyebabkan surplus, atau kata lain, kemuflisan terhadap dana kerajaan. Sepatutnya pihak CUEPACS perlu memohon dan merayu kerajaan untuk memberikan bonus bukan sebulan atau dua bulan gaji kerana ianya bakal membebankan kerajaan. Sebagai contoh, jika kerajaan mengumumkan bonus sebulan gaji kepada hampir 1 juta penjawat awam, ini bermakna PAR yang bergaji lebih kurang RM800 sebulan juga akan mendapat tambahan RM800 menjadikannya RM1,600. Tetapi bagi jawatan JUSA contohnya, gaji RM12,000 akan mendapat tambahan RM12,000 menjadikannya RM24,000!! Ini merupakan satu contoh yang boleh merugikan kerajaan kerana terpaksa membayar dalam amaun yang banyak dan secara halusnya adalah amat tidak adil kerana yang berpangkat dan bergaji rendah tetap mendapat sedikit manakala yang berpangkat dan bergaji besar menjadi semakin mewah.. Langkah kerajaan memberikan im