Catatan

Tunjukkan catatan dari April 13, 2010

Penghulu mukim .. cabaran seorang muda

Penulis masih ingat tatkala menghadiri temuduga. Terdapat tiga orang panel yang ada. Penulis telah menyerahkan sekali surat sokongan yang diterima daripada setiausaha sulit MB johor yang diusahakan oleh seorang kenalan di pejabat penguasa agama. Soalan pertama yang dikemukan ialah ujian terhadap bacaan al fatehah. Kemudian ditanya mengenai diri kita secara umum beserta pengalaman kerja. Kemudian ditanyakan pula mengenai apakah yang ada di kompleks penghulu yang terpegun di dalam mukim-mukim di daerah. Memandangkan penulis masih belum berumahtangga pada ketika itu, ditanyakan masalah, bagaimanakah jika ditempatkan di kompleks penghulu yang terpencil di dalam mukim (sememangnya wujud kompleks penghulu yang agak terpencil) datang di tengah malam seorang wanita yang mengadu bahawa suaminya memukulnya, sedangkan balai polis dan hospital terletak agak jauh. Penulis hanya menjawap, tumpangkan terlebih dahulu di rumah ketua kampung. Penulis juga ditanyakan mengenai penyertaan dalam parti polit